Info

Pengenalan Dan Ciri-ciri Kanak-kanak Pendidikan Khas

Wajah - wajah Istimewa Anak Didik Kita


                                          Siapakah Mereka??





JENIS DAN KATEGORI KETIDAKUPAYAAN PEMBELAJARAN

Tiga istilah yg digunakan :


      IMPAIRMENT
       Loss or abnormality of psychological, physiological or anatomical structure or functions
       Kehilangan @ ketidaksempurnaan sifat  struktur @ fungsi2 psikologi, fisiologi @ anatomi.
      DISABILITY
       Any restriction or lack of ability (resulting from impairment) to perform an activity in the manner or within the range considered normal for a human being
       Sebarang sekatan/halangan @ ketidakupayaan (disebabkan ketidaksempurnaan) utk melaksanakan aktiviti yg dianggap normal bagi seorang insan
      HANDICAP
       Disadvantage for an individual resulting from impairment or disability, that limits or prevents fullfillment of a role that is normal for that individual
       Kekurangan pd individu disebabkan ketidaksempurnaan @ ketidakupayaan yg mengekang @ menghalangnya dpd memenuhi peranannya sebagaimana individu normal

TERENCAT AKAL
3 peringkat berdasar ujian IQ
1)      Ringan        - skor IQ 50-75
2)      Sederhana  - skor IQ 30 – 50
3)      Teruk          - skor IQ 30 ke bawah

AKAL RINGAN
Disebabkan oleh perkembangan mental yang lambat tetapi mempunyai potensi untuk berkembang dalam bidang akademik, sosial dan vokasional
Agak tertinggal sedikit dari umur hayat mereka, cth: berumur 9 tahun, tetapi apabila murid sudah boleh menerima pembelajaran seperti biasa(dgn pemantauan guru) murid boleh ditempatkan di kelas arus perdana (Inklusif) mengikut keupayaan murid belajar. Mungkin murid ini berada di kelas tahun 1 atau tahun 2.
Murid ini berpontensi untuk berdikari dengan pendidikan dan latihan yang sesuai.

AKAL SEDERHANA
Dapat mencapai tahap tanggungjawab sosial, menguasai asas akademik dan menguasai kemahiran vokasional, juga boleh:

       Mengurus diri sendiri
       Melindungi diri sendiri dari bahaya.
       Berkongsi barang dan boleh bersosial.
       Menghormati hak orang lain
       Belajar membaca, mengenal simbol dan mengira

Kemampuan belajar agak lambat. ( dapat menerima lebih kurang 6 bulan daripada 12 bulan tempoh pembelajaran yang diberi) Memerlukan pengulangan yang berkali-kali apabila mempelajari sesuatu konsep baru, tempoh memori terlalu singkat.

       TERENCAT AKAL TERUK DAN SANGAT TERUK.

       Turut mengalami kecacatan lain, seperti kecacatan fizikal, tiada keupayaan bertutur
       Memerlukan persekitaran dan program yang khusus utk membantu perkembangan potensi mereka.
       Perkembangan kognitif yang terhad dan lambat berkembang
       Tiada tumpuan
       Perawakan ada yang seperti normal dan ada yang terdapat kecacatan pada paras rupa.
       Setiap tugasan yang diberi perlu di pecahkan kepada arahan-arahan yang ringkas dan mudah.
       Ada diantara perlu dipandu dan digerakkan pergerakan mereka.
       Pujian amat penting, untuk meningkatkan harga diri mereka serta untuk mengukuhkan setiap tugasan mereka.


PUNCA TERENCAT AKAL
       Jangkitan semasa hamil
       Kerosakan dalam metabolisme
       Penyakit /jangkitan pada otak atau kromosom yang abnormal
       Gangguan dalam aspek psikiatri
       Pengaruh persekitaran.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
30% daripada kanak-kanak terencat akal disebabkan oleh ketidak normalan genetik seperti sindrom down, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh menigitis dan masalah pranatal manakala 15% tidak dapat ditentukan puncanya.

AUTISME

Definisi

       Berasal dari bahasa Yunani bermaksud ‘autos’ atau diri atau ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara disekelilingnya selain dari dirinya sendiri. Autisme mengganggu bahagian-bahagian didalam otak yang menguasai kefahaman, emosi, komunikasi secara langsung atau tidak langsung dan keupayaan untuk bergaul.
 
       BILANGAN/NISBAH
Bilangan yang menghidapi autisme tulin adalah 4 hingga 5  dalam 10,000 orang manakala 10 hingga 15 dalam 10,000 orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu autisme.
Boleh dianggarkan bilangan penduduk dengan autisme tulin adalah  10,000 dan lebih kurang 20,000 orang yang lain mempunyai ciri-ciri tertentu autisme di Malaysia.
Bilangan lelaki melebihi bilangan perempuan dengan nisbah 4:1 dan selalunya seorang sahaja kanak-kanak autisme di dalam sesebuah keluarga dan kerap berlaku pada anak yang sulung.


PUNCA ATAU SEBAB:

       Kekurangan oksigen semasa proses kelahiran
       Proses kelahiran secara paksaan ( vacuum extraction)
       Gangguan neuro transmitter dlm sistem saraf
       Infeksi neurological
       Kegangguan bahan kimia di dalam otak yang menyekat perkembangan
       Genetik


ANGGARAN:  Dianggarkan 1/3 dari kanak-kanak ini boleh  dilatih untuk berdikari  tetapi sejumlah
besar  mungkin memerlukan pengawasan sepanjang hidupnya




PETANDA-PETANDA/CIRI-CIRI

      1.Komunikasi
      •       Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung.
       Seperti pekak tetapi tidak, seperti buta tetapi tidak, seperti bisu tetapi tidak.
       Jarang menggunakan bahasa, lebih kepada bunyi.
       Sukar untuk diajak bercakap
       Suka mengulang percakapan orang lain (echolalia)
       Tidak menjawap apa yang ditanya tetapi bercakap tentang hal lain.


2. Interaksi sosial:
       Suka bersendirian
       Suka mengelak untuk bertentang mata dengan orang lain (tiada kontak mata)
       Tidak suka berkawan, tidak suka disentuh (sensitif)
       Susah mempercayai orang lain, selain ahli keluarga atau orang yang telah dikenali.


3. Tingkah laku
        Sama ada hiperaktif atau hipoaktif
       Melakukan pergerakan yang berulang-ulang sepanjang hari tanpa jemu.
       Sukakan pada sesuatu yang berpusing atau yang berbentuk bulat dan bertali.
       Tidak suka pada perubahan.


4. Emosi
       Sering marah, ketawa dan menanggis tanpa sebab.
       Mengamuk tanpa terkawal jika keinginan tidak dituruti.
       Suka merosakkan barang atau mencederakan diri orang lain atau diri sendiri jika mengamuk
       Tiada simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

Ciri-ciri lain
       Mempunyai ingatan yang panjang
       Minat kepada angka berbanding huruf
       Kreatif - boleh melukis dengan baik (minat)
           - boleh mengingati senikata lagu dengan baik.
Kesimpulannya kanak-kanak autisme susah hendak berkomunikasi secara bertutur. Mereka lebih suka menunjuk dengan tangan hasratnya itu. Sungguhpun demikian mereka menunjukkan keistimewaan didalam beberapa perkara seperti:-
       Matematik atau kira-kira
       ‘jigsaw puzzles’
       Menyanyi dan mengingati senikata muzik dan berkeseronokan mendengar semula jenis muzik.
       Membaca dan menulis.
       Boleh mengingati senarai nombor telefon, haribulan ,nama, sajak dan sebaagainya.
       Mempunyai kemahiran mekanikal yang luarbiasa.
       Bijak menggunakan komputer.
       Lukisan yang cantik
       PALSI SEREBRAL (CEREBRAL PALSY)
       Serebrum merujuk kepada otak, palsi pula bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun postur, berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan motor, terutamanya kawalan otot dan koordinasi.

Kebiasaan kecacatan ini berlaku akibat sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Disebabkan :

       Otak yang tidak berkembang dengan baik – kekurangan oksigen
       Perdarahan dalam otak atau jangkitan dalam otak walaupun dilahirkan normal

DISLEKSIA

Definisi

Perkataan disleksia(dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud kesukaran dan “lexia” bermaksud perkataan. Jika diterjemahkan secara terus bermaksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Perkataan disleksia telah diperkenalkan oleh Professor Berlin seorang pakar perubatan dan opthamologist pada tahun 1887.

Mengikut British Psychological Society, “Disleksia” merujuk kepada tahap kesukaran yang amat ketara dari segi kelancaran membaca perkataan atau mengeja.
Terdapat juga pakar pendidikan seperti Payne dan Turner (1999) yang lebih cenderung menggunakan istilah “Specific Learning Difficulties” ( Masalah belajar spesifik) bagi murid yang menghadapi  masalah belajar Disleksia.

       Di Britain masalah belajar spesifik di takrifkan sebagai kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis, mengeja atau mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya secara umum.
       Mereka mungkin telah menguasai sesuatu kemahiran dalam subjek-subjek tertentu dengan cepat dan menunjukkan aras yang tinggi secara lisan, tetapi masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Kanak-kanak ini boleh menjadi seorang yang teramat kecewa dan mungkin menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku.
       Kanak-kanak disleksia cenderung ke arah:
AM
    Suka berkhayal dalam kelas
    Suka bercerita mengenai alam semesta kepada guru-guru dan rakan (planet,
      kenderaan, di masa akan datang)
    Suka matapelajaran sains
    Sukar memberi penumpuan yang lama



Bacaan
         Bacaan yang lemah
         Tidak tahu intonasi yang betul
         Sebutan yang tidak betul
         Bacaan dengan tiada perasaan
         Lemah dalam kefahaman
          Tertinggal perkataan bila membaca atau menambahkan perkataan
         Gagal untuk mengenali perkataan biasa
         Gagal memahami apa yang dibaca


Tulisan
           Lambat menyalin
           Penat bila menulis banyak.  Kesilapan ejaan yang banyak dalam rencana
           Kerja tulis lemah banding dengan lisannya
           Tulisan kotor-potong sana sini
           Keliru dengan huruf seakan-akan b/d, p/g, p/q/g
           Mengeja perkataan dengan pelbagai cara
           Tulisan tidak mengikut garisan
           Tidak ada tanda bacaan / Huruf besar/kecil permulaan ayat / Nama Am / Nama Khas
           Pegang pensil yang tidak betul

 Nombor
                    Keliru dengan nombor
       •   Keliru dengan symbol + atau x
       •   Susah dalam mengingati perkara perkara yang berturutan seperti hari, bulan tahun, abc
           dan sebagainya
       •   
Sifir yang lemah ( Cara tersendiri)

      Masa
      •   Susah dalam memberitahu masa
      •   Tidak pandai mengawal masa
      •   Organisasi dan pengurusan diri yang lemah
      •   
Susah untuk mengingati tarikh lahir dan tarikh-tarikh yang penting
      •   Konsep yang amat lemah


     
HYPERAKTIF
                     Hyperaktif lebih dikenali sebagai ADHD(Attention Deficit Hyperactivity Disorder).  Berpunca
      daripada gangguan mekanisma sistem saraf pusat.

      Faktor penyebab
      •     Faktor genetik
      •     Infeksi atau kerosakan pada otak
      •     Masalah di rumah
      •     Toksin (keracunan)
      •     Kekurangan zat makanan
      •     Alahan kepada makanan dan kimia
      •     Suka menjerit
      •     Resah
      •     Sukar untuk tidur
      •     Tidak suka dibelai
      •     Menghentakkan-hentakkan kepala  atau marah tidak  menentu
      •     Gopoh
      •     Tidak suka duduk diam
      •     Tingkahlaku merosak



            SINDROM DOWN (SD)
      Sindrom Down(SD) disebabkan oleh keadaan kromosom yang abnormal.Ia bukanlah satu
      penyakit.Tidak boleh diubati. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650
      kelahiran.Kemungkinan melahirkan bayi SD lebih tinggi di kalangan wanita berumur 35
      tahun ke atas.

      Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak SD adalah lambat berbanding
kanak-kanak
      biasa.Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu
      mereka berdikari. SD terbahagi kepada 3 iaitu Trisomi,Translocation dan Mosaic. Tak kira
      apa jenis, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
   
     Punca- punca Sindrom Down
     Dianggarkan terdapat kira-kira 50 tanda klinikal kanak-kanak SD, tetapi jarang sekali
     seseorang itu mempunyai semua ciri-ciri tersebut. Antara ciri-ciri yang ketara ialah:
       Kepala yang kecil, leher yang pendek serta Bmata sepet.
       Hidung leper,telinga dan mulut yang kecil
       Mulut agak terbuka sentiasa
       Lidah tebal
       Tangan yang pendek, tapak kaki yang lebar dan ibu jari kaki yang pendek.
       Otot yang lemah
       Saiz badan yang lebih kecil berbanding saiz ahli keluarga.


Selain ciri-ciri fizikal, SD juga mungkin mengalami masalah penglihatan,pendengaran
dan kesukaran bertutur.Ada juga SD yang mengalami obese atau gemuk.

EPILEPSI

Epilepsi (sawan) selalunya menyebabkan pesakit terganggu kesedaran atau menjadi
kaku seketika.Pesakit yang menghidapi epilepsi menyeluruh (grandmal) biasanya
akan mengalami gejala seperti kekejangan otot, kancing gigi dan mata terbeliak, kaki
dan tangan menggigil, mulut berbuih dan tidak sedarkan diri.  Epilepsi fokal adalah
serangan yang melibatkan sebahagian anggota sahaja seperti jari pesakit, sudut  mulut
dan sebagainya.

Punca
•     Punca sebenar berlakunya epilepsi tidak diketahui. Sesetengah pesakit mewarisi
dari kaum keluarga 
atau keturunan mereka.
•     Punca lain mungkin disebabkan oleh kecederaan otak yang berlaku semasa bayi
dalam kandungan akibat jangkitan kuman atau virus.
•     Epilepsi juga boleh terjadi sekiranya saraf anak cedera akibat gangguan proses
kelahiran, jaundis yang berlebihan, jangkitan kuman diselaput otak dan
kecederaan kepala yang serius.


Tindakan Semasa Anak Atau Murid Diserang Sawan
•     Letakkan kanak-kanak tersebut di atas tilam yang lembut.
•     Mengiringkan badannya
•     Hadapkan kepalanya ke arah bawah agar air di dalam  mulutnya dapat dikeluarkan.
•     Jangan letakkan sebarang benda dalam mulut dan longgarkan bajunya.  Tanggalkan
kasut dan stokin.
•     Beri ruang pengudaraan secukupnya.
•     Jika kanak-kanak mengalami sawan lebih dari lima minit, bawa segera ke hospital atau
 kelinik yang berhampiran

Maslah Emosi & Tingkahlaku
       Tidak boleh memberi tumpuan kepada aktiviti yang sama dalam tempoh yang panjang.
       Pendiam dan pemalu.
       Selalu bercakap banyak, meninggi diri atau suka menarik perhatian.
       Dengki khianat.
       Cepat marah dan meradang.
       Mencederakan diri sendiri atau orang lain.
       Berkelakuan ganjil.
       Tidak kenal bahaya.
       Selalu menangis

Masalah Komunikasi
       Kecelaruan pertuturan
       Kecelaruan bahasa
       Kecelaruan suara
       Masalah artikulasi
       Masalah kelancaran

Pintar Cerdas
       Keupayaan umum yang istimewa
       Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi dan IQ tingi
       Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya
       Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
       Menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan
       Sensitif terhadap keadaan sekeliling dan perasaan orang lain
       Sesuatu tugasan hendak diselesaikan dengan cepat
       Suka bertanya dan terperinci dalam sesuatu hal
       Suka membuat kerja sendirian
       Suka membaca
       Berkebolehan tinggi dalam sains, matematik, dan literature
       Boleh menyelesaikan masalah dengan cara yang tersendiri
       Boleh menceritakan cerita imaginasi
       Keyakinan diri yang tinggi
       Kelihatan cergas dan menjawab dengan cepat dan bertalu-talu
       Boleh berseloroh dengan matang
       Boleh mengaitkan sesuatu walaupun idea itu nampak kurang jelas
       Ada kemahuan dan kehendak untuk berjaya

(Kalau menunjukkan lebih daripada lapan ciri, letakkan murid ini dalam kumpulan pintar cerdas)


LEMBAM/SLOW LEARNER

Definisi
….murid-murid yang gagal menghadapi kerja-kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka.
(Breman 1974)

…..mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersikap
negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkahhlaku yang menjejaskan pembelajaran serta
kurang sikap keyakinan diri.(PPK 1984)
Skala Weschler – IQ kurang 70
AAMR – IQ 65 hingga 70

Ciri - Ciri Kognitif 
       Lemah/ tidak memahami konsep
       Lemah dalam penerimaan konsep baru
       Tumpuan perhatiannya terhad
       Tumpuan mudah terganggu
       Mudah lupa/ ingatan singkat
       Kurang daya cipta/kreatif
       Lemah dalam membuat hubungkait/penyesuaian
       Lemah dalam kemahiran 3M

Ciri - Ciri Tingkah Laku
       Kurang pergaulan/bersosialisasi dengan rakan sebaya
       Bersikap tidak/kurang berminat
       Lambat memberi respon/tindakbalas
       Gagap, pelat dan sengau
       Mengalami gangguan kesihatan
       Malas untuk datang ke sekolah
       Kurang perbendaharaan kata- kesan kurang bercakap


Punca / Sebab
Masalah Biologikal
       Kecacatan/kekurangan-penglihatan-pendengaran
       Pergerakan motor
       Kecacatan fizikal


Masalah Psikologi
      Kurang kecerdasan
      Ketidakstabilan emosi
      Kurang matang
      Pengaruh Keluarga
      Masalah tingkahlaku

Masalah Persekitaran
       Status ekonomi
       Saiz keluarga
       Pendidikan ibubapa
       Pengalaman bahasa
       Sikap ibubapa terhadap pendidikan 

Sederhana teruk
       Tahap kehilangan dengar 56 – 70 dB
       Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran
       Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi
       Pertuturan murid ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengaran yang terhad.


Pekak Teruk
       Tahap kehilangan 71-90dB
       Dapat mendengar dengan bantuan alat pendegaran.
       Memerlukan terapi pertuturan Sangat teruk
       Tahap kehilangan 90dB keatas
       Sukar mendengar, tetapi masih ada sisa pendengaran
       Memerlukan alat bantu dengar dan terapi pertuturan.

Tanda-tanda kanak-kanak bermasalah pendengaran.
       Kanak-kanak kurang memberi perhatian di dalam kelas.
       Kelihatan suka berkhayal
       Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal.
       Kelihatan terkejut jika didatangi dari belakang.
       Tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi.
       Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur.
       Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.
       Pencapaian delam pelajaran lemah terutama yang berkaitan dengan bahasa.

Masalah penglihatan

Terdapat 2 kategori utama
•     Kebutaan: penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata terbaik.
•     Rabun ataupun penglihatan terhad ( low vision) penglihatan kurang daripada 6/18
      sehingga persepsi cahaya pd mata terbaik. Dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria
penglihatan.


Punca:
       Baka dan keturunan
       Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
       Rubela
       Sifilis
       Kecederaan
       penyakit

Bantuan Terhadap Kanak- Kanak Ini


Peranan Guru
    Mengenal pasti punca masalah
    Menganalisis masalah- membuat ujian  diagnostik- mencari kekuatan
dan kelemahan
    Mengenalpasti potensi individu
    Mengatasi masalah dgn menggunakan kaedah dan strategi yang sesuai dan
berkesan
    Menilai pendekatan dan kaedah yang  digunakan
    Membuat keputusan- teruskan atau tukar pendekatan


Pengurusan Pendidikan
•     Pendidikan terancang- RPI
•     Kurikulum fleksibel dan terancang
•     Pendekatan pedagogi yang bersesuaian
•     Teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
•     Modifikasi tingkahlaku
•     Latihan kemahiran asas diperkukuhkan (latih tubi secara analisa tugasan)
•     Bantuan khidmat sokongan dan kerjasamasa pintar 


No comments:

Post a Comment