Sunday, 10 June 2012

Penanda Buku Istimewa Sempena Hari Guru


<
PROGRAM : Membuat Kraftangan Sempena Sambutan Hari Guru 2012
MASA : 13 - 15 Mei 2012
PRODUK : Penanda Buku  Kasih Istimewa
ALATAN / BAHAN : Kayu aiskrim terpakai ,kertas manila pelbagai warna, penebuk pelbagai bentuk, gam, pewarna dan art marker

Berikut adalah proses menghasilkan kraf tersebut :


 

 Contoh hasil kraf yang dihasilkan - Penanda Buku Kasih Istimewa



Menggunakan pelbagai jenis warna yang menarik
                                    

Murid-murid sedang mengecat kayu aiskrim dengan pelbagai warna
                   

Selain menggunakan teknik mengecat, kayu aiskrim juga boleh direndam di dalam  pewarna bagi mendapatkan warna yang lebih sekata


Selesai mengecat, kayu-kayu aiskrim ini dijemur sehingga kering


 Kayu aiskrim yang terdiri daripada pelbagai warna yang terang dan menarik


Menghasilkan corak yang berbentuk bunga dan hati daripada kertas manila



Murid tekun melekatkan pelbagai bentuk dan corak acuan  pada kayu aiskrim yang berwarna warni




Bentuk hati dan bunga yang siap dilekatkan pada kayu aiskrim


Murid sedang melekatkan corak-corak kecil yang ditebuk untuk hiasan


Inilah hasilnya setelah dilekatkan dengan corak-corak kecil di sekelilingnya


Siap...hasil kraf yang telah siap sepenuhnya 



Penanda Buku Kasih Istimewa yang akan dihadiahkan kepada semua guru SMK SERI DELIMA sempena Hari Guru 2012

            



No comments:

Post a Comment